Siakap Keli
covid-19 24 mac
Gambar via Bernama

TERKINI: Kes Positif Covid-19 Hari Ini Kembali Lepasi Angka 5k

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,439 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,850,408 kes.

Kes positif harian COVID-19 setakat tengah hari 27 Januari 2022 menunjukkan peningkatan berbanding 4,744 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di laman web COVIDNOW setakat 11.59 malam, 26 Januari 2022, kebanyakan negeri di Malaysia menunjukkan trend peningkatan kes dalam tempoh seminggu kebelakangan in.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan peratus peningkatan kes tertinggi dalam masa seminggu terakhir dengan catatan 78 peratus.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri