Siakap Keli
Gambar: KKM

Vaksin Untuk Kanak-kanak Adalah Selamat & Berkesan – Timb. Menteri Kesihatan

Dalam sesi sidang media Program Imunisasi Kanak-kanak (PICKids) sebentar tadi, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali memaklumkan bahawa vaksinasi untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan.

“Saya ingin menekankan bahawa vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan.

“Ini juga disokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kolej Pediatrik, Academy of Medicine Malaysia pada 20 Januari 2022.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022.

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan dimulakan di Lembah Klang bermula 3 Februari ini.

 

 

Sumber: Sidang Media KKM

 

 

Eyla Azri