Tak dinafikan sebut sahaja Subway, ramai yang terbayang keenakan sandwichnya. Ya, makanan segera ini berasal dari negara Amerika Syarikat. Sejak beberapa puluh tahun lalu, nama Subway tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.
Jadi, apa makanan kegemaran korang bila ke sana? Mungkin ramai yang tak pernah mencuba menu lain mereka iaitu menu salad. Ada sesetengah orang tak pandai untuk order sajian ini kerana bagi mereka ia sesuatu perkara yang baru.
Seperti yang kita tahu, di Subway ada pelbagai jenis roti, sos, sayuran dan lauk yang disediakan.
Menerusi satu perkongsian daripada laman Tiktok, @Syafiqunil98 menunjuk cara yang betul untuk order menu salad di Subway.
Difahamkan, cara pesanannya sama seperti kita membeli roti di kedai tersebut cuma yang berbeza adalah pembeli tidak perlu memilih bahagian roti. Mudah kan?
@syafiqunil98 Reply to @juniedebab done☺️ #sibudaksubway #fypシ #fypmalaysia
Menjengah di ruangan komen, ramai penggemar Subway berkongsi pilihan menu yang menarik untuk orang lain mencuba.
“Sedappp, kalau takde mood makan roti”
“Cakap je nak Salad, sedap tau tryla…”
“Sedap weh salad Subway…”
Sumber: Syafiqunil98