Sudah ramai orang yang mula menceburi bidang perniagaan di dalam talian berikutan pandemik yang melanda dunia sejak dua tahun lalu.
Tetapi, yang perniagaan yang paling popular semestinya berkaitan dengan makanan. Dah duduk rumah dan tak buat apa-apa pula, nak hilangkan stress dan tenangkan jiwa haruslah dengan makanan.
Yang paling terkenal, semestinya perniagaan makanan manis, seperti kek, pastri, biskut dan macam-macam lagi.
Ada yang sanggup buka akaun media sosial semata-mata bertujuan untuk promosi barangan. Bermacam-macam cara yang dilakukan untuk mendapatkan rakaman video yang menarik dan estetik.
Tular sebuah video di akaun TikTok apabila seorang lelaki memakai lampu cincin di kepalanya hanya untuk mendapatkan video yang ‘estetik’ bagi jualannya.
Video tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok yang juga merupakan pembuat pastri, iaitu gendut105k.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki merakam hasil kek buatannya sambil memakai lampu cincin di kepala untuk memberi pencahayaan.
Yang peliknya, lelaki tersebut tidak meletakkan lampu tersebut pada tripod, malah meletakkannya di atas kepala.
Uniknya, kepala lelaki tersebut mendapat perhatian ramai kerana terlihat seolah-olah kepalanya yang bersinar.
Ketika membuat rakaman, lelaki tersebut hanya perlu menundukkan kepala ke bawah untuk memberikan pencahayaan.
Aksi tersebut telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta.
@gendut105k @zalpastry 😘
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan aksi yang ditunjukkan. Ada yang terhibur dan menyamakan lelaki tersebut dengan karakter matahari dalam rancangan televisyen Teletubbies.



Sumber : suara.com