Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Muka Anak Selalu Tak Puas Hati, Wanita ‘Redha’ Masin Mulut Suami Selalu Tegur Jangan Stress Masa Hamil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila dalam fasa berbadan dua, pasti banyak pantang larang yang kita dengar. Baik dari segi pemakanan atau perbuatan, mesti ada saja larangan untuk ibu-bu mengandung ni.

Salah satu larangan yang selalu kita dengar adalah “Jangan stress masa mengandung nanti anak pun stress.” Tak dinafikan, nasihat untuk kurangkan stress ketika hamil ni bukan sahaja petua mak-mak kita, malah doktor juga memberi nasihat yang sama.

Tapi lain pula ceritanya dengan wanita yang dikenali sebagai Umi Salmah ini. Siapa sangka, mulut suaminya yang memberitahu Umi supaya jangan stress masa mengandung nanti baby stress ni ‘masin’ pula.

Melalui akaun TikTok miliknya, Umi berkongsi gambar bayi lelakinya yang dikatakan sampai sekarang menunjukkan riak berkerut macam tak puas hati bila tengok orang.

Husband ada pesan time pregnant jangan stress-stress nanti baby pun stress.

“Lepastu nah muka (anak) tak puas hati tengok orang.

“Sampai sekarang muka tu masih berkerut saja,” tulis Umi dalam video unggahannya.

Video yang dikongsikan Umi ini sempat mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 504 ribu kali di TikTok setakat ini.

@umacikoo

#fypsatukali

♬ original sound – Dania Sedek – Dania Sedek

“Kecik-kecik dah pening pikir masalah”

Menjengah ke ruangan komen, warga net rata-rata terhibur dengan muka ‘stress’ baby comel ni. Tak kurang juga yang berkongsi cerita tentang bayi mereka yang turut mengalami ‘nasib’ sama.

Sumber: TikTok

Eyla Azri

Editor: Fazidi