Bila tengah basuh pinggan mangkuk dan sinki tiba-tiba tersumbat, terus potong mood kan? Bertimbun pinggan mangkuk dan kotor dapur dibuatnya bila air sinki melimpah keluar. Lebih-lebih lagi kalau berbau, terus takda mood nak basuh pinggan mangkuk.
Sinki tersumbat ini adalah perkara biasa. Hal ini berlaku apabila cebisan sisa makanan, lemak, minyak atau rambut tersangkut di dalamnya. Untuk menyelesaikannya, kita akan guna pam khas yang ada dijual di kedai dan jika ia tak berkesan, terpaksa panggil plumber yang kadang upahnya mencecah beratus ringgit.
Pun begitu, kebanyakan masalah sinki tersumbat tidaklah serius dan ia boleh diselesaikan dengan cepat dengan hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @cleantalk93, anda hanya memerlukan dua bahan sahaja untuk membersihkan paip sinki yang tersumbat, iaitu sodium percarbonate dan juga air panas. Untuk lebih mudah faham cara membersihkan sinki tersumbat, anda boleh tonton video di bawah.
@cleantalk93 Reply to @nobz5 if baking soda and vinegar doesnt work, you would need sodium percarbonate #cleaning #cleantok #cleaningasmr #scrubbingasmr
Sumber: TikTok