Siakap Keli

(Video) Situasi Tegang Dengan Rusia, Amerika Hantar 300 Misil Pemusnah Kereta Kebal Javeline Ke Ukraine

Dunia ketika ini sedang mengikuti rapat perkembangan semasa dikawasan sempadan membabitkan Rusia-Ukraine berikutan kebimbangan bahawa peperangan bakal meletus di sana melibatkan kedua-dua buah negara tersebut.

Ukraine yang mendapat sokongan kuat NATO dilapor menerima pelbagai bantuan persenjataan sebagai persedian sekiranya peperangan benar-benar terjadi.

Terkini, Amerika Syarikat dilapor menghantar 300 misil Javelin yang merupakan senjata pemusnah anti-kereta kebal ke negara itu.

Perkongsian berkenaan bantuan tersebut dimuat naik oleh Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Ukraine. Beberapa foto turut didedahkan yang menunjukkan senjata-senjata tersebut diisi dalam pesawat pengangkut tentera.

Menurut laporan New York Post, misil Javelin itu merupakan sebahagian daripada peralatan kententeraan seberat 80 tan yang dihantar ke negara tersebut. Hantaran yang dibuat pada Selasa itu merupakan pakej bantuan ketiga daripada peruntukan USD 200 juta yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat kepada Ukraine.

Selain berfungsi sebagai senjata anti kereta kebal, Javeline juga berupaya memusnahkan pelbagai objek seperti kereta perisai, bunker dan juga tembok. Dengan saiznya yang kompak, senjata berkenaan hanya memerlukan seorang pengendali dan boleh dilancarkan daripada pelbagai platform.

Malah, Javeline juga boleh dioperasikan pada waktu siang dan malam serta dalam pelbagai keadaan cuaca.

Dalam bantuan terdahulu, pelbagai bentuk senjata juga dihantar ke Ukraine bagi mengukuhkan pertahanan negara tersebut.

 

Sumber: New York Post

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.