Facebook memperkenalkan beberapa kemas kini terbaru di aplikasi Messenger untuk kemudahan penggunanya, umum pengasasnya Mark Zuckerberg.
Menurut Zuckerberg di laman Facebooknya, ciri-ciri baharu itu termasuklah notifikasi mesej hilang, GIFs dan lain-lain.
“Kemas kini terbaru untuk mesej perbualan end-to-end encrypted di Messenger jadi anda akan terima notifikasi jika ada seseorang yang menangkap layar (screenshot) mesej-mesej yang hilang.
“Kami juga turut menambah GIFs, pelekat (stickers) dan reaksi untuk perbualan itu juga,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

Sumber: Facebook Mark Zuckerberg