Seorang wanita dengan berat badan 222.25 kilogram mendedahkan bahawa dia meraih pendapatan sebanyak £1,500 (RM8,431.31) sebulan dengan hanya menjual klip video dia tersekat pada pintu dan di dalam kereta, memetik laporan The Mirror.
Menurut laporan, kaum lelaki yang membeli videonya itu suka melihat dia tersekat pada pintu dan di dalam kereta. Sesetengah orang sangat mengagumi aksi wanita berbadan besar itu.
Wanita tersebut, Danielle Birch, 25, dilaporkan menjual videonya pada harga £2.90 (RM16.30) manakala video yang berdurasi 20 minit pula dijual pada harga £7.30 (RM41.04).
Antara kandungan video yang dirakam oleh Danielle adalah video dirinya tersekat pada pintu dan video di mana dia berdiri di sebelah orang yang lebih kecil berbandingnya.
“Ramai yang berminat nak tahu bagaimana berat badan saya mempengaruhi kehidupan seharian saya.
“Saya sebenarnya dikategorikan sebagai wanita dengan saiz badan yang besar seberat sekitar 226.8 kilogram.
“Dulu saya sendiri tidak suka melihat penampilan diri saya tetapi kini tanggapan saya terhadap diri sendiri sudah berbeza,” jelas Danielle.
Dahulunya, Danielle dilaporkan pernah bekerja sebagai seorang tukang masak dan kini dia tidak lagi bercadang untuk kembali ke dapur.
Tambah laporan, Danielle menghabiskan masa selama tiga hari untuk menyiapkan satu video yang akan dimuat naik dalam tempoh seminggu.
“Secara purata saya memperoleh sebanyak £1,500 (RM8,431.31) sebulan tetapi terdapat juga beberapa bulan di mana saya memperoleh lebih daripada itu,” kata Danielle.
Sumber: The Mirror