Siakap Keli

PKPD Di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bermula Esok – MKN

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Rodzi turut memaklumkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD di lokaliti lain dalam negara hari ini.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.