Siakap Keli
Gambar: Nuraiyshah AL, Google

Senaraikan Atau Tangkap Gambar Hadiah Kahwin, Peguam Syarie Ini Terangkan Kenapa Pengantin Baru Perlu Buat Benda Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setelah melangsungkan majlis perkahwinan, kebiasaannya pasangan raja sehari yang diraikan akan menerima banyak hadiah daripada rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir.

Tak dinafikan, antara yang selalu dihadiahkan kepada mereka yang mendirikan rumah tangga adalah perkakas asas rumah termasuk barangan eletronik yang sememangnya sangat praktrikal dan berguna.

Namun, di sebalik pemberian hadiah ini, terdapat ‘pesanan’ kepada pengantin baharu seperti yang dikongsikan oleh Peguam Syarie, Puan Atikah menerusi laman Twitter miliknya.

Nampak remeh, tetapi ringkas dan mendalam berdasarkan pengalaman beliau menguruskan banyak kes penceraian melibatkan tuntutan keperluan asas rumah. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

“Senaraikan atau tangkap gambar hadiah kawin”

Siapa yang baru berkahwin tu, jangan lupa ya senaraikan atau tangkap gambar hadiah-hadiah kawin yang orang bagi supaya nanti apa-apa jadi jika bercerai, tak adalah suami kata dia yang belikan blender, toaster, vacuum dan lain-lain hadiah tu sampai tuntut dalam kes harta sepencarian.

Kebanyakan kes yang saya handle mesti suami yang tuntut keperluan asas rumah macam lampu, sofa, mesin basuh, almari baju, katil dan sebagainya.

Yela, kebiasaan suami yang beli keperluan asas rumah masa kahwin, tapi tulah, barang-barang macam tu terpaksa la bahagikan jugak sebab ada pihak yang menuntut.

Bincanglah elok-elok yang baru berkahwin tu ya, bahagi siap-siap barang yang ada pun lagi bagus. Ni sekecil-kecil benda nak tuntut dalam mahkamah, bukan takat hakim je pening, peguam pun pening sama.

Sumber: Peguam Syarie Atikah

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.