Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka yang lahir di muka bumi ini sihat dan membesar dengan aktif. Namun, tidak semua orang dikurniakan anak yang cergas tanpa sebarang penyakit.
Inilah yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu ini yang dikurniakan seorang anak istimewa yang dikatakan menghidap autism.
Jika bercakap tentang anak autism ini mesti ada yang terbayang tantarum anak-anak ini yang sukar dikawal hingga membuatkan ibu bapa atau orang sekeliling hilang sabar.
Namun, lain pula yang terjadi di sebuah Pusat Tranformasi Bandar atau UTC di Alor Setar, Kedah apabila semua staf di Jabatan Imigresen tersebut melayan karenah anak istimewa ini tanpa mengeluh bahkan menjaga anak ini seperti anak sendiri.
Post ni kan sebenarnya nak ucapkan tahniah kat Jabatan Imigresen Malaysia UTC Alor Setar … kak mawar pi nak renew passport mak, abah, anak-anak dengan buat passport baby Armand tadi… dari mula sampai pegawai laki kat depan tu cakap cukup lembut. Kak Mawar habaq sy tak buat appoinment takpa ka.. dia kata tak pa puan isi ja online sekarang satgi masuk terus…
“Ada nampak budak perempuan umoq 8 tahun macam tu dok mengamok… Nampak macam something… Rupanya dia hyper dan autisme…”
Dah siap isi masuk dalam pegawai perempuan pon baguih cakap lembut.. masa tunggu turn ada nampak budak perempuan umoq 8 tahun macam tu dok mengamok… Nampak macam something tapi dia dok belah dalam kaunter, belah pegawai kerja… dia qabat kaunter, lempaq kertas, dok jerit dan sapa kata jangan ja kat dia dia akan mengamok siap ludah. Dia jalan rata semua benda dia sentuh buat kacau.
Tapi kan, yang bestnya Semua staff Imgresesn layan dia cukup baguih.. tak dak sorang pon jerkah.. Baik laki maupon perempuan depa dok pujuk ja.. terkadang terkejut depa jerit sikit bukan marah dia macam jerit eh terkejut sebab dia sejenis tiba-tiba mai pulas kamera.. cabut wayar, ambik cop ink tu bawak lari cop dinding…
Mula-mula ingat anak staff kot sebab dia dok dalam dan dok pikir depa ni layan elok sebab anak staff kot no. Tak brani tanya.. tengah dok adjust ambik pic Armand dia mai pulas kamera. Kak Mawar terkejut “cik cik gumana ni…” kan panggil staff depa adjust balik kamera, pastu dia diam sat tengok baby… pi ambik kepok bagi baby… barulah Kak Mawar tanya sapa ni… depa habaq mak dia bawa mai buat passport nak balik Indonesia… dia hyper dan autisme… nak balik berubat…
Bukan anak staff hangpa ai, tapi cukup baguih dari cleaner sampai pegawai semua layan dia. Kalau hangpa tengok tadi memang hilang sabaq ooo. Dia punya tantrum tapi Kak Mawar cukup respect cara depa di Imigresen UTC. Tak gila ka nek dok atas kaunter ni.. duit depa jual kepok dia lempaq habis. Takdak sorang pon buat muka marah, jerkah dia or usik dia.
Mak dia sampai naik tangan tak laqat(larat) tapi geng staff pakat tahan jangan buat kak jangan. Ish tak tau lah.. ku kagum
Pastu dia nampak Adra, dia ajak Adra main. Naseb baik anak aku bukan jenis pilih kawan, boleh dok main dengan dia. Main doktor-doktor. Dia ada kawan dia diam dok atas kerusi main elok. Barang mainan dia kan dia jaga kemas elok tau.. buh plastik balik kemas-kemas. Anak-anak aku pon tak jaga mainan gutu.
“Semua dok stanby jaga dia sebab takleh jangka dia nak bergerak”
Apa pon skli lagi tahniah untuk all staff Imigresen UTC Alor Star… hangpa memang baguih.. takda layanan double standard.. layan sama rata dan sangat sabaq. Kalau selalu orang viral bad services ja kan. Rasanya tak salah kita viral plak good services dari government agency. Benda baik kita share.
Semoga kejadian seperti ini menjadi teladan yang baik kepada semua orang.
Sumber: Mawar Ismail