Siakap Keli
Kredit : TikTok damninteresting

(Video) Tengah Kejar Seorang Lelaki, Sempat Lagi Beruang ‘Usyar’ Ke Belakang Sebab Terganggu Oleh Dron

Seperti yang kita ketahui, beruang merupakan haiwan liar yang sangat besar. Walaupun rupanya comel dengan bulu-bulu, namun apabila dia berdiri boleh sama tinggi dengan kereta.

Umumnya, kita tahu bahawa beruang ini sangat ganas jika berhadapan dengan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana kelakuan tersebut adalah untuk melindungi diri mereka.

Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa haiwan tersebut boleh dijinakkan dan sangat nakal. Lebih-lebih lagi jika mereka ingat manusia ingin bermain dengan mereka.

Sama seperti video yang dimuat naik apabila sebuah dron yang sempat merakam aksi di mana seekor beruang sedang mengejar seorang lelaki di dalam hutan.

Rakaman aksi yang dimuat naik di akaun TikTok damninteresting tersebut sangat menakjubkan apabila kelihatan seperti sedang menjalani pengambaran filem.

Pada awalnya, ingatkan pemilik dron tersebut ingin merakam keindahan permandangan yang diselaputi salji putih, tetapi tidak disangka ada aksi lain juga turut terakam sama.

Tetapi, yang lagi menarik adalah beruang tersebut seperti terganggu dan sempat pusing kebelakang untuk melihat dron terbang tersebut sebelum kembali mengejar lelaki itu.

Video yang dikongsikan ini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 2 juta.

@damninteresting

#drone #camera #intresting #intrestingvideos #bear #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #foryourpage #fypage #trending #viral

♬ Intro x Unforgettable – switchdisco

Sumber : TikTok damninteresting

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.