Siakap Keli

Aliran Trafik KL-Karak Masih Sesak Sehingga Petang Ini

Aliran trafik di Lebuh Raya KL-Karak (KLK) dilaporkan masih sesak setakat jam 4 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter memaklumkan kesesakan berlaku dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga ke Tol Plaza Gombak menghala ke Kuantan.

”Trafik sesak bermula dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga ke Tol Plaza Gombak menghala ke Kuantan di Kilometer 24.2, di Kilometer 25.1 sehingga Kilometer 38.2 menghala ke Kuantan (Gombak-Genting Sempah),” kata LLM.

Dalam pada itu, LLM turut memaklumkan, aliran trafik arah Selatan dari Gopeng menghala Tapah turut sesak susulan sebuah treler rosak.

”Awas! Treler rosak di KM 299.6 arah selatan (Gopeng -Tapah). Lorong kecemasan dan sebahagian lorong perlahan terhalang. Trafik terkawal. Berhati-hati memandu,” kata LLM.

Sumber: LLM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang