Siakap Keli

Ini Fakta Bagaiman Hujan Batu Terjadi & Petanda Awal Sebelum ‘Hujan Ais’ Ini Turun

Hujan merupakan keadaan di mana kandungan air dari awan jatuh ke bumi dan merupakan fenomena cuaca yang biasa di negara kita.

Walaupun sering berdepan dengan cuaca hujan, namun fenomena hujan batu boleh dikatakan jarang terjadi di Malaysia.

Maka, tak hairanlah kalau tiba-tiba seakan ‘riuh sekampung’ bila berlakunya kejadian hujan batu seperti yang tular baru-baru ini.

Mempunyai asas kejadian yang lebih kurang sama dengan hujan dan salji, hujan batu sedikit berbeza kerana fenomena ini selalunya berlaku di kawasan yang lebih panas.

Hujan batu terbentuk dalam awan petir apabila titisan air terus menerus naik dan turun melalui awan oleh arus naik dan turun.

Apabila titisan air bergerak ke puncak awan yang sangat sejuk, maka titisan tersebut boleh membeku.

Titisan air terus naik ke awan petir yang mempunyai daya yang besar, sehingga awan petir dapat menahan hujan batu ini untuk jangka masa yang panjang. Titisan air terus bertambah, jadi awan kilat dilitupi lebih banyak ais.

Hujan batu berlaku apabila awan petir tidak dapat menahan titisan air yang terus bergerak ke atas. Apabila berlaku hujan batu, titisan air terbentuk seperti bebola ais dan tidak sempat mencair sebelum mencecah ke tanah.

Oleh itu, bebola ini akan cair sebaik sahaja sampai ke tanah. Inilah ketulan-ketulan ais yang kita nampak semasa fenomena hujan batu.

Petanda sebelum berlaku hujan batu

Pada fasa peralihan sama ada dari musim kemarau ke musim hujan atau sebaliknya, hujan lebat dan hujan batu berlaku disertai petir, kilat, dan angin kencang dalam tempoh yang singkat.

Petanda hujan lebat atau hujan batu akan datang disertai kilat dan angin kencang yang terjadi dalam jangka waktu sementara.

Kebiasaannya, sehari sebelum fenomena hujan batu berlaku, udara pada waktu malam hingga pagi terasa panas dan membahang. Hal ini beraku kerana peningkatan suhu udara disebabkan oleh sinaran suria yang cukup kuat.

Walaupun fenomena ini tidak selalu terjadi di Malaysia, namun keadaan ini adalah normal dan berlaku secara semulajadi!

Sumber: Tribunnews

Eyla Azri