Siakap Keli
Gambar: via Google

Nak Cepat Kurus? Ini 10 Jenis Makanan Diet Berkesan Turunkan Berat Badan

Antara salah satu cara bagi menjaga kesihatan adalah dengan memastikan berat badan berada dalam julat yang normal.

Selain senaman, cabaran yang paling sukar dalam menurunkan berat adalah untuk memilih makanan diet yang berkesan dan boleh membantu dalam proses mendapatkan berat ideal.

Oleh itu, ikuti perkongsian daripada portal kesihatan, Hello Doktor bagi mengetahui 10 jenis makanan yang sesuai diambil ketika diet.

10 makanan untuk diet cepat kurus

Sebenarnya, ada banyak makanan yang sesuai untuk dijadikan menu diet cepat kurus.

Walau bagaimanapun, semua makanan perlulah diambil secara sederhana. Kalau makan tidak ingat dunia, dietlah macam mana pun, pasti tidak akan menjadi!

Jadi, jika anda sedang mencari makanan untuk diet cepat kurus, 31 makanan ini mungkin dapat membantu perjalanan anda untuk menguruskan badan!

  1. Telur
Kredit: Hello Doktor

Telur merupakan satu makanan yang padat dengan nutrisi. Malah, kebanyakan khasiatnya terkandung di dalam kuning telur.

Disebabkan telur kaya dengan protein dan lemak, ia dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama.

  1. Sup

Jika anda mula makan dengan semangkuk sup, besar kemungkinan anda akan makan lebih sedikit daripada biasa.

Walau bagaimanapun, pastikan sup tersebut mempunyai sekitar 100 hingga 150 kalori satu hidangan. Jadi, elakkan pengambilan sup yang bersantan dan berlemak.

  1. Coklat gelap

Siapa cakap coklat akan menyebabkan kegemukan? Sebenarnya, coklat mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Tetapi, pastikan anda makan berpada-pada dan memilih coklat gelap berbanding coklat susu.

  1. Buah epal

Suka minum jus epal? Apa kata gantikannya dengan buah.

Buah epal mengandungi serat yang dapat membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, kita juga akan rasa lebih puas jika mengunyah ketika makan.

  1. Yogurt

Tidak kisahlah apa jua jenis yogurt yang digemari, semuanya bagus untuk memastikan kita sentiasa kurus dan ramping.

Malah, pengambilan yogurt juga baik untuk sistem pencernaan.

  1. Avokado

Avokado mengandungi pelbagai jenis lemak baik yang bagus untuk kesihatan. Malah, ia diperkaya dengan asid oleik, lemak yang sama terkandung di dalam minyak zaitun.

  1. Biji selasih
Kredit: Hello Doktor

Biji selasih merupakan antara makanan yang paling bernutrisi di muka bumi. Ia mengandungi 12 gram karbohidrat bagi setiap 28 gram.

Ia juga merupakan sumber serat terbaik dan kaya dengan asid lemak omega-3 yang amat bagus untuk menurunkan berat badan.

  1. Madu

Madu merupakan satu manisan dengan 0 lemak. Ia juga mengandungi protein dan serat yang sangat sedikit. Selalunya, madu akan digunakan sebagai pengganti gula.

Namun, banyak kajian yang membuktikan sifat antimikrob, antikulat, antikanser dan antidiabetik madu yang ternyata amat baik untuk kesihatan.

  1. Kekacang, makanan untuk diet cepat kurus yang berkesan

Kekacang merupakan snek yang baik jika anda seorang yang sibuk bekerja.

Cukup sekadar segenggam kacang tanah, almond atau walnut untuk membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

  1. Limau gedang

Limau gedang boleh membantu menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai risiko kencing manis.

Malah, menurut kajian yang dijalankan di Scripps Clinic, San Diego, individu yang makan separuh limau gedang sebelum makan boleh menurunkan berat sebanyak 1.5 kg dalam masa 12 minggu!

Sumber: Hello Doktor

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.