Siakap Keli

Ramai Ibu Bapa Tak Sedar, 5 Sebab Ini Boleh Buat Anak Jadi Keras Kepala

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa mesti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mana ada ibu bapa yang tidak mahu melihat anak mereka cemerlang, malah itulah impian setiap pasangan yang mempunyai anak.

Namun begitu, tugas mendidik anak bukanlah semudah yang disangka kerana jika tersalah langkah anak yang diharapkan boleh memberontak dan tidak mahu mendengar kata.

Oleh itu, ikuti perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif mengenai lima sebab anak menjadi keras kepala berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.

1. Hypercritical

Bila ibu bapa terlalu suka kritik setiap perbuatan anak.

  • Anak buat salah sikit, kena kritik
  • Anak cuba buat sesuatu, kena kritik
  • Anak cuba bantu, kena kritik

2. Labelling

Bila ibu bapa suka label batang tubuh anak

  • Awak ni PEMALAS
  • Awak ni DEGIL
  • Awak ni NAKAL

3. Permissive

Bila ibu bapa terlalu ikut cakap anak dan dikuasai anak anaknya sendiri

  • tak mampu tengok anak menangis langsung
  • tak tahan bila anak merengek nak sesuatu
  • semua permintaan anak ditunaikan
  • biarkan anak buat sesuka hati mereka
  • takut dengan anak sendiri

4. Negligence

Anak yang merasa diabaikan biasanya mempunyai tangki emosi yang kosong jadi dia akan guna apa sahaja cara untuk mendapatkan perhatian ibubapanya kembali dengan cara :

  • memberontak
  • melawan
  • protes
  • bersikap kasar

5. Punitive Discipline

Bila ibu bapa terlampau menggunakan hukuman dalam membentuk dan mendidik anak

Ada 2 jenis cara untuk disiplinkan anak :

1. Punitive discipline – gunakan hukuman

2. Restorative discipline – lebih banyak gunakan tunjuk ajar, teguran, galakan, pujian dan sokongan

Hukuman ni umpama garam dalam masakan. Ianya diperlukan untuk menyedapkan makanan tetapi jangan sampai berlebihan.

Tolong simpan ilmu ini dan kongsikan pada pasangan masing-masing juga sebab ilmu ni sangat sangat penting untuk didik anak masing-masing.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.