Keputusan beli rumah ni selalu membuatkan ramai orang terutamanya golongan B40 dan M40 berada dalam keadaan dilema. Semestinya ramai yang akan fikir, patut ke membeli atau menyewa rumah? Dalam fikiran korang mestilah nak membeli sebuah rumah untuk keselesaan korang serta keluarga, betul tak?
Membeli sebuah rumah memang satu pilihan yang menarik dan pastinya akan disukai hampir semua orang. Namun, timbul pertanyaan, adakah membeli rumah merupakan satu pilihan yang betul? Di bawah ini, ada beberapa kebaikan yang kami kongsikan tentang manfaat membeli rumah:
Pelaburan- Nilai rumah korang berkemungkinan akan meningkat pada masa akan datang. Jadi dengan adanya pelaburan tersebut, korang boleh mempertimbangkan untuk membeli rumah yang lebih besar atau persaraan yang lebih selesa. Kalau korang bandingkan antara membeli dengan menyewa dalam jangka masa panjang, membeli rumah adalah lebih murah berbanding menyewa. Yang paling best, korang akan memiliki rumah tersebut selepas beberapa tahun pembayaran.
Tabungan- Bila korang dah selesai bayar pinjaman rumah, rumah tersebut akan menjadi milik korang sepenuhnya. Korang juga dah tak perlu nak berpindah-randah hanya untuk menyewa. Korang boleh design, deco dan menambah baik rumah korang tanpa perlu meminta izin daripada tuan tanah. Menariknya, mengubahsuai rumah juga boleh meningkatkan nilai hartanah jika korang memilih untuk menjualnya pada masa akan datang.
Perlindungan- Ada pelbagai pilihan reka bentuk rumah yang tersedia dengan lebih banyak kawasan dan jenis untuk dipilih. Lebih menarik lagi, perumahan pada masa kini telah menyediakan pelbagai kemudahan atau fasiliti kepada para penduduk terutamanya dari segi keselamatan seperti sistem keselamatan yang baik dan teratur.
Memiliki Kediaman Melalui Perumahan Teres (Harga Mampu Milik)
Kalau korang berhasrat untuk memiliki sebuah rumah, apa kata korang cuba tengok satu projek perumahan di Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak yang menawarkan harga mampu milik.
Apa yang menarik lagi, ianya adalah projek yang menawarkan pembangunan rumah mampu milik terutamanya untuk golongan M40 dan B40 serta pasangan yang baru berkahwin. Bukan itu sahaja, Hua Yang Berhad turut menawarkan pinjaman sehingga 100% untuk korang penjawat awam dan swasta yang terdiri daripada pelbagai kaum..
Centaurea (Rumah Teres 1 ½ Tingkat)
- Keluasan: Jenis A 20’ x 65’ dan Jenis B 22’ x 60’
- Jumlah unit: 335 unit
- Bilik: 4 buah
- Bilik Air: 3 buah
- Harga: dari RM 237,500*
Centaurea Fasa 2 kini dibuka untuk pendaftaran atas sambutan yang baik dari Centaurea Fasa 1 dan untuk memenuhi permintaan pembeli. Projek perumahan Centaurea turut menawarkan Skim Mudah Milik! Antaranya ialah tanpa kos pendahuluan, fi guaman, dan duti setem yang ditanggung oleh pemaju. Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi yang menarik, di LINK yang disediakan ini.
Klik pula di SINI kalau korang nak mengunjungi rumah contoh VR360 yang moden dan luas.
Kalau korang nak tahu, sebanyak 4,095 unit rumah teres, Semi-D, dan banglo telah dibangunkan di atas 777 ekar tanah di kawasan Bandar U Seri Iskandar serta dilengkapi dengan 375 unit pejabat dan premis komersial. Dengan harga yang mampu milik, pembangunan di bandar ini boleh dikatakan antara pelaburan yang menguntungkan!
Apa yang menjadikan Bandar U menarik?
Bagi korang yang menginginkan sebuah kediaman yang best & perfect, semestinya korang menginginkan sebuah kawasan kediaman yang mempunyai pelbagai akses dan fasiliti-fasiliti lengkap untuk memudahkan sebarang urusan. Kalau nak tahu, Bandar U dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk korang seperti:
Berhampiran laluan utama lebuhraya
- Lebuhraya Ipoh-Lumut
- Lebuhraya Pantai Barat (WCE)
Kemudahan pengangkutan awam
- KTM Batu Gajah
- Terminal Bas Seri Iskandar
Kemudahan untuk korang yang berminat shopping
- Lotus’s (Tesco)
- Econsave
- D’ Mall
Kemudahan akses ke pejabat-pejabat kerajaan
- Majlis Daerah Perak Tengah
- Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar
- Lembaga Air Perak
- Mahkamah Syariah Seri Iskandar
- Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah
- PTG Perak Tengah
- JKR Perak Tengah
- Pejabat RISDA
Berhampiran dengan pusat-pusat pendidikan
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Kolej Professional MARA
- SMKA Sultan Azlan Shah
- Kolej Vokasional Seri Iskandar
- SMK Seri Iskandar, SK Seri Iskandar
- SK Iskandar Perdana
Premis-premis komersial (makanan) dan hiburan
- D’ecolake
- mmCineplexes
- KFC
- Pizza Hut
- McDonald’s
- Domino’s
- Secret Recipe
- Subway
Fasiliti-fasiliti kesihatan
- Klinik Kesihatan Seri Iskandar
- Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Iskandar
- Klinik Cure & Care
- Agensi Antidadah Kebangsaan
Nak memilikinya secepat yang boleh? Kalau korang berminat, apa kata korang pergi ke laman web Hua Yang yang disediakan di SINI untuk ketahui lebih lanjut mengenai projek perumahan. Korang boleh menghubungi Cik Dira dan En. Terry atau kunjungi BUSI – Huayang Sales Gallery di alamat: No. 1, Jalan PP5, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak. Tapi kalau korang betul-betul nak, korang juga boleh terus buat pendaftaran menerusi laman web yang disediakan INI.