Siakap Keli
Gambar: Faisal Rahim

25 Sen Pun ‘Catat’..Lelaki Kongsi Cara Expat Warga Jepun Rekod Perbelanjaan Harian, Terlalu Detail

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semakin dunia menua, kos sara hidup semakin tinggi dan jika kita tidak kawal perbelanjaan agak susah untuk kita survive dari hari ke hari, bulan ke bulan yang lain. Jadi kita seharusnya pengurus kewangan kita dengan baik dan cermat seperti lakukan jadual keluar masuk duit.

Menerokai laman Twitter Faisal Rahim, beliau kongsikan aplikasi menarik yang boleh bantu kita menguruskan keluar masuk duit. Menurut beliau, seorang warga jepun yang tinggal di Malaysia turut melakukan hal tersebut walaupun berada dalam golongon T20.

Ikuti perkongsian beliau.

Tips dan aplikasi

Tadi jumpa expat Japanese share detail perbelanjaan diaorang duduk kat Malaysia. Walaupun T20, tapi mereka buat detail semua duit keluar-masuk (suami yang buat). Boleh monitor beza spending setiap bulan. Benda ni habit yang baik. Ia free. Cuma perlukan disiplin tinggi.

Gambar: Faisal Rahim
Gambar: Faisal Rahim

Jujurnya, sejak kahwin baru aku mula key-in detail semua perbelanjaan setiap bulan. Dah jadi habit. Hatta keluar duit RM2. Jadi setiap akhir tahun, boleh dapat statistik begini dan buat perancangan kewangan keluarga. Nak beli apa semua dah plan beforehand. Begitulah.

Gambar: Faisal Rahim

Aku guna Apps Money Manager (tahun ke-5 guna)

  • Cross platform (iOS+Android)
  • Clouds back-up
  • Boleh create Kategori & sub-Kategori
  • Simpan resit (LHDN)
  • Charts + Graf automatik
  • Set Budget
  • Boleh buka guna browser (PC/Mac)
Gambar: Faisal Rahim
Gambar: Faisal Rahim

Apps kat ibu jari (paling byk guna).

Sumber: Twitter Faisal Rahim

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.