Siakap Keli
Gambar: @masbay01_

(Video) Seram, Abang Kurier Ni Kongsi Pengalaman Terpaksa Hantar Barang Ke Bangunan Usang

Kita sering kali disajikan dengan pelbagai pengalaman unik yang dilalui oleh abang kurier di media sosial. Daripada yang kelakar, sedih, sehinggalah seram seperti yang dikongsikan dalam video ini.

Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama @masbay01_. Pengguna TikTok yang dilaporkan bekerja sebagai penghantar barang itu sedang dalam perjalanan menyelesaikan kerjanya.

Video itu bermula dengan dia memperlihatkan pakej yang hendak dihantarnya. Dapat dilihat bahawa jalan yang perlu dilaluinya itu kotor dan dipenuhi dengan debu.

Tidak lama kemudian, dia menunjukkan bahawa dirinya sedang berada di tingkat dua bangunan tersebut. Jika dapat diperhatikan pada halaman yang berada di tingkat bawah itu, ianya kelihatan bersepah dan tidak terurus.

Dia kemudiannya menyambung perjalanannya untuk menghantar pakej tersebut dengan menuju ke hujung jalan.

Ketika berada di hujung jalan, dia telah mendapati bahawa terdapat satu lorong dengan lantai yang sangat kotor dan terus melewati beberapa pintu bilik yang ada di lorong berkenaan.

Setelah memberanikan diri, dia terus berjalan hingga ke hujung lorong sambil melintasi 4 pintu bilik yang ada di kawasan itu.

Di pintu bilik kelima dan bilik yang paling hujung, terlihat sepasang selipar dan di luar pintu bilik itu juga turut terdapat beberapa barangan yang berselerakan.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 7 juta tontonan.

Ramai warganet yang tertanya berkenaan apakah ada kejadian aneh yang berlaku terhadap penghantar barang itu kerana menurut suasana yang terdapat dalam video tersebut, ianya kelihatan menyeramkan.

@masbay01_

suram suram😩 #GoWinterGames #fyp #fypγ‚· #kurir #shopee

♬ Enakeun – π–Žπ–“π–ˆπ–š π–Œπ–Šπ–“π–Œπ–˜π–™π–Šπ–—βš‘οΈ

Sumber: POSBELITUNG.CO

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.