Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Jangan Lupa, Caj RM1 Di Mesin ATM Bermula Esok

Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Mulai esok, caj perkhidmatan pengeluaran tunai di mesin pengeluaran automatik (ATM) antara bank berjumlah RM1 kembali dikuatkuasakan.

Perkara ini sudah diumumkan awal kira-kira pertengahan Disember tahun lalu. Difahamkan, antara bank yang terlibat dalam penguatkuasaan caj ini termasuklah Maybank, CIMB, Ambank dan RHB Bank.

Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan sementara caj perkhidmatan RM1 tersebut berikutan negara sedang melalui fasa pandemik sejak awal 2020 dahulu.

Jadi bagi anda yang sering menggunakan mesin ATM untuk mengeluarkan duit, jangan lupa tentang caj RM1 ini ya.

BACA JUGA: Maybank, CIMB, Ambank, RHB Maklumkan Caj Pengeluaran ‘Interbank’ RM1 Dikenakan Semula Bermula 1 Februari

Sumber: laporan terdahulu Siakap Keli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.