Siapa sahaja yang tidak mengenali batu bata. Lazimnya batu bata ini digunakan sebagai salah satu bahan bangunan misalnya untuk membina tembok dan pagar dan bahagian-bahagian rumah yang lain.
Bila bercakap mengenai proses pembinaan rumah, perkara utama yang dititikberatkan adalah kualiti bahan yang digunakan. Bagi mereka yang begitu teliti mengenai pembinaan rumah, mereka akan sanggup membuat survey daripada A sampai Z demi memastikan penghasilan rumah yang diidamkan itu sempurna.
Begitu juga dalam pemilihan bata. Antara dua jenis bata yang menjadi pilihan masyarakat di negara kita adalah bata merah dan bata simen. Mungkin ramai antara anda yang masih ragu-ragu nak pilih bata yang macam mana untuk rumah anda.
Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter Huda Mahmud yang merupakan seorang arkitek, beliau ada berkongsikan mengenai bata merah (clay bricks) atau bata pasir (cement sand brick).
Nak Pilih Bata Merah Atau Bata Simen? Ikuti Perkongsian Daripada Arkitek Ini
Bata merah (clay bricks) atau bata pasir/putih (cement sand brick? Harga bata pasir paling murah tapi mempunyai “thermal mass” yang rendah yakni dinding cepat panas waktu siang sebab dia serap haba & cepat sejuk waktu malam. Boleh rasa perbezaan antara rumah yang guna 2 bata ni.


Bata merah (clay bricks) di Malaysia kebanyakannya ada sijil SIRIM & Bomba. Bata merah mempunyai had rintangan api selama 2 jam. Contoh sijil Bomba untuk bata merah dari Ho Brother Bricks Supply Sdn. Bhd.

Ada satu lagi jenis bata yang sudah berada lebih dari 10 tahun di pasaran Malaysia, iaitu “Autoclaved Aerated Concrete” atau singkatan popularnya adalah AAC. Bata AAC diperbuat dari simen, pasir, kapur & “aerating agent”.
Secara asas bata AAC ‘dibakar’ dan “aerating agent” mengembangkan bata AAC sama seperti cara buat roti. Jenama popular adalah Starken. Bata AAC sangat besar saiznya. 1 bata/blok = 6 bata merah. Cara pasang sama macam dinding bata lain.


Kelebihannya adalah ia mengurangkan beban pada struktur dan permukaan sedia ada sudah licin berbanding bata merah & bata pasir. Ia setara dengan bata merah malahan lebih baik dari aspek tertentu. Boleh baca di sini.
Dah buat dinding mesti ada paip air, kabel & konduit elektrik nak ditanam dalam dinding mengikut keperluan sesuatu ruang/bilik. Dinding bata akan dikikis. Aktiviti ini dipanggil “wall chasing”. Kadar dinding boleh dikikis ni adalah tidak lebih dari 1/3 ketebalan bata.

Kalau nak bucu dinding cantik lurus je bila plaster boleh letak “corner beading”. Ada pelbagai profile. Nak bucu bulat atau tajam semua ada. Jangan risau, tak bahaya pun sebab ia dibuat dari uPVC. Yang biasa saya spesifikasi dalam projek adalah dari keluaran Ho Shen Lee.

Sumber: Huda Mahmud