Selebriti terkenal, Noor Neelofa atau lebih mesra dikenali sebagai Neelofa secara rasminya telah selamat melahirkan zuriat sulungnya pada 29 Januari baru-baru ini.
Menerusi kenyataan suaminya, Muhammad Haris di Facebook rasminya, bayi lelaki itu dinamakan sebagai Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.
Difahamkan, zuriat sulungnya itu telah pun selamat dilahirkan pada 29 Januari baru-baru ini pada pukul 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” maklum kenyataan tersebut hari ini.
Sementara itu ramai netizen turut memberikan kata-kata ucapan serta doa bagi meraikan kelahira putera sulung kedua-dua pasangan ini.
Sumber: FB Neelofa