Siakap Keli

Khas Untuk Kaum Adam, Portal Ni Sedia Khidmat Nasihat Pakar Untuk Masalah Kesihatan Lelaki

Masalah kesihatan dalaman yang melibatkan golongan lelaki khususnya kaum suami mungkin masih lagi dianggap sebagai ‘taboo’ hingga kini kerana ramai yang memilih untuk memendamnya kerana malu.

Pun begitu, masalah ini sebenarnya perlu untuk diberikan perhatian bagi memastikan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga itu berkekalan. Perasaan malu serta ego yang ada pada golongan terbabit seharusnya diketepikan.

Mati pucuk dan lemah tenaga batin adalah antara masalah yang sering dikaitkan dan berbangkit terutamanya pada golongan lelaki yang meningkat usia. Saiz ukuran zakar juga turut lihat sebagai penenti, hingga wujudnya kehadiran produk membesarkannya di pasaran.

Justeru, syarikat Suami Sihat Sdn Bhd bersungguh dan terpanggil mahu menyediakan khidmat kesihatan sehabis baik untuk lelaki dan suami melalui perkongsian di portal SuamiSihat.com.my.

Pengasas bersama, Idham Fitriadi atau lebih mesra dengan panggilan Encik Adi berkata, dia optimis portal itu mampu mendidik ramai lagi lelaki supaya memandang serius hal berkenaan kesihatan lelaki.

Pengasas Bersama Suami Sihat Sdn Bhd, Idham Fitriadi

Katanya, golongan lelaki di negara ini sering memandang remeh mengenai kesihatan mereka. Malah sukar untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan hingga kerap menyelesaikan masalah sendiri menggunakan produk pelik dan amalan mengarut hasil carian di internet.

“Pelbagai cara turut digunakan sebagai jalan pintas untuk mengatasi masalah itu seperti menggunakan minyak lintah, pam vakum dan suntikan silikon pada zakar.  Ada yang tahap menanam besi bebola pada zakar disebabkan terpengaruh dengan ilmu mengarut yang kononnya kaedah itu dapat memberikan kenikmatan seks yang luar biasa.

“Sebenarnya, di sebalik keghairahan ini, tanpa mereka sedar, tindakan itu mendedahkan kepada risiko yang boleh meragut nyawa. Kesannya bukan saja merubah rupa bentuk zakar malah merosakkan fungsi sebenarnya.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan portal kesihatan dan klinik lelaki untuk membantu meningkatkan kecergasan tenaga dalaman mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, matlamat utamanya adalah menyediakan sebuah pusat sehenti yang bertujuan untuk membina komuniti yang peka terhadap kesedaran kesihatan lelaki sekali gus menyangkal segala salah faham yang terjadi.

“SuamiSihat ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi membabitkan tiga  pengasas bersama.

“Malah pihak kami kerap mengadakan sesi ‘live’ di Facebook bersama doktor dan pakar bidang kesihatan lelaki. Ia terbuka untuk sesiapa yang mempunyai kemusykilan berkenaan topik kesihatan lelaki.

“Kita mahu jadikan kesedaran kesihatan lelaki ini, sesuatu yang seksi dan sensual,” katanya.

Jelasnya, usaha ini dilakukan dengan tujuan supaya mereka berasa lebih terbuka untuk berjumpa dengan doktor dan bukan hanya bergantung kepada petua tradisional semata-mata.

“Dalam masa  sama, kami juga mengambil kira semua persoalan pembaca untuk memastikan setiap perkongsian yang disajikan kekal relevan dan sesuai untuk keadaan semasa.

‘Layari SuamiSihat.com.my untuk mengetahui lebih lanjut atau cari laman Facebook SuamiSihat. Jangan segan, kami sedia menerima sebarang pertanyaan.

“Kami juga ada menubuhkan pergerakan komuniti yang telah disertai oleh lebih 25 ribu suami di Telegram,” katanya.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.