Satu video yang memaparkan kelibat sedang mengintai daripada kerusi di dalam sebuah pesawat komersial telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @erylutfia.
Video berkenaan dimulai dengan si perakam melangkah masuk ke dalam pesawat tersebut. Ketika memasuki pintu pesawat itu, kelihatan terdapat dua orang pramugari yang menyapanya.
Dia kemudian meneruskan perjalanannya ke bahagian tempat duduk penumpang di dalam pesawat tersebut.
Semasa kamera teralih ke arah tempat duduk, terdapat satu kelibat yang berwajah pucat sedang duduk sambil mengintainya.
Menurut pengguna TikTok itu, pesawat tersebut belum lagi dinaiki penumpang dan adiknya adalah merupakan orang pertama yang menaiki pesawat berkenaan.
Mungkin tidak perasan akan kelibat tersebut, si perakam itu hanya berlalu pergi tanpa menoleh ke arah dimana kelibat itu kelihatan semasa dia menghampiri kerusi berkenaan.
Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut. Walaupun begitu, video itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 4 juta kali.
Ada diantara warganet yang menonton video berkenaan menyatakan bahawa kelibat itu seakan-akan budak kecil berambut panjang dan berwajah pucat.
Sumber: @erylutfia