Satu video yang memaparkan seorang penghantar barang terpaksa menghantar barang yang beralamat di sebuah tanah perkuburan telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @penajamterkini_net.
Menerusi video tersebut, penghantar barang itu menunjukkan sebuah bungkusan yang perlu dihantarnya.
Pun begitu, dia berasa keliru kerana alamat penerima yang terdapat pada bungkusan tersebut telah membawanya ke sebuah tanah perkuburan.
Kejadian itu seperti yang dapat dilihat, ianya terjadi di Kota Balikpapan, Indonesia.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih seribu kali.
View this post on Instagram
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen-komen lucu berkait dengan kejadian itu.
Sumber: @penajamterkini_net