Kuali melekat adalah salah satu masalah yang sering terjadi kepada mereka yang selalu masak di dapur setiap hari. Ianya sering berlaku pada kuali atau periuk yang diperbuat daripada jenis keluli tahan karat.
Kenapa tak guna je kuali ‘non-stick coating’?. Bukan tak mahu guna, cuma ada yang mendakwa kuali jenis tersebut dipercayai akan melepaskan sejenis toksik atau bahan kimia yang membahayakan jika ia teralu panas.
Namun jangan risau, ada solusi untuk kuali keluli jenis cepat melekat ni. Menerokai video Tiktok Patrick Zeinali, beliau kongsikan tips untuk jadikan kuali atau periuk keluli tahan karat menjadi tidak melekat.
Tips kuali atau periuk keluli tahan karat jadi tak melekat
1. Panaskan kuali keluli tahan karat.
2. Setelah kuali sudah cukup panas, masukkan bahan yang mengeluarkan asap seperti minyak kelapa.
3. Bila dah berasap, boleh tutup api dan sejukkan.
4. Kemudian setelah kuali tadi sejuk, tuangkan lebihan minyak tadi ke dalam mangkuk.
5. Seterusnya lap lebihan minyak pada permukaan kuali tadi menggunakan tisu.
6. Anda dah boleh gunakan kuali tersebut tanpa menggunakan minyak. Selesai.
P/S: Anda tidak perlu ulang step di atas jika kuali tersebut masih belum dicuci dengan sabun. Selamat mencuba.
Nak lebih faham? Jom layan videonya di bawah ini.
@patrickzeinali Who knew non-stick came with toxic chemicals 🧪 #fypシ #stainlesssteel #nonstickpans #pans #eggs #nonstick
Sumber: Tiktok Patrick Zeinali