Siakap Keli
Gambar: fakta.indo

(Video) Laung Takbir Lepas Jumpa Dadah, Aksi Cemas Polis Berjaya Tahan Penyeludup Tular Di Media Sosial

Anggota Agensi Dadah Kebangsaan Indonesia dilaporkan berjaya menahan suspek penyeludupan dadah jenis methamphetamine pada baru-baru ini.

Detik-detik para pegawai tersebut menahan penjenayah itu berjaya dirakam dan menjadi tular di media soial.

Menurut akaun Instagram @fakta.indo yang berkongsikan video penahanan itu, kejadian tersebut berlaku di persimpangan keluar Tol Simpang Pematang, Mesuji, Lampung, Indonesia.

Penangkapan tersebut dilaporkan telah dilakukan dengan kerjasama pegawai polis Mesuji.

Dalam tangkapan itu, sebanyak 15 kilogram dadah jenis methamphetamine berjaya dirampas. Rampasan tersebut dianggarkan berjumlah kira-kira 15 bilion rupiah.

“Badan Narkotik Nasional (BNN) Provinsi Sumatera Selatan (Sumatera Selatan) bersama-sama dengan Polis Meuji berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah jenis syabu sebanyak 15 kg bernilai 15 bilion rupiah,” tulis akaun itu.

Dalam perkongsian tersebut, akaun itu turut menyiarkan video detik-detik penahanan penyeludup syabu.

Dalam video itu, terdapat dua orang lelaki yang dipercayai sebagai penyeludup telah berjaya ditahan oleh anggota polis yang lengkap membawa bersama pistol dan senapang.

Dapat didengari juga bahawa selepas pihak berkuasa berjaya menahan lelaki itu, mereka terus memeriksa beg yang dibawa oleh mereka.

Selepas berjaya mengesahkan bahawa isi yang ada di dalam beg itu adalah dadah, kesemua mereka telah bertakbir sebagai tanda syukur kerana berjaya menumpaskan sindiket dadah tersebut.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 700 ribu kali.

 

Sumber: Suryametro.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.