Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Cara Paling Senang Kalau Terlupa ‘Password’, Cari Simbol Ni Je, Selesai

Pernah tak anda alami perkara bila nak access balik mana-mana akaun, masa itulah akan lupa kata laluan. Mesti pernah kan? Dan cara mudah sebab malas nak ingat, anda hanya tekan butang ‘forgot password’.

Tapi, tahu tak anda boleh sahaja jejak kata laluan lama tersebut. Menerusi akaun Twitter Anis Suraya, beliau kongsikan trick untuk dapatkan balik kata laluan lama anda.

Ikuti perkongsian di bawah.

Selalu lupa password sebab terlampau banyak sangat nak kena ingat? Ha finally Anis ada terjumpa dekat TikTok, tak payah susah susah nak kena ‘forgot password’ then kena reset balik apa semula.

CARA NAK TRACE PASSWORD (tak payah click forgot password)

1. Pergi apps Google Chrome.

Kredit: Anis Suraya

2. Tekan tiga titik di sebelah atas, kanan.

Kredit: Anis Suraya

3. Tekan ‘setting’.

Kredit: Anis Suraya

4. Tekan ‘passwords’.

Kredit: Anis Suraya

5. Kemudian akan keluar semua senarai website yang pernah guna sebelum ni.

Kredit: Anis Suraya

6. Click website yang korang lupa password tu, kemudian tekan lambang ‘mata’ untuk tengok password.

Kredit: Anis Suraya

Done!

Sumber: Twitter Anis Suraya

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.