Siakap Keli
Gambar hiasan via The Today Show

(Video) Rupanya Boleh Mengadu Kat Polis Kalau Jiran Buat Bising, Peguam Ini Jelaskan Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidup berjiran sudah semestinya ada pasang surutnya, sama juga seperti dalam sesebuah keluarga. Namun kita sedia maklum bahawa terdapat akta perundangan bagi hal-hal keluarga.

Tapi pernah tak kita tahu yang hidup berjiran juga termaktub dalam akta perundangan? Menerusi perkongsian peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri, beliau kongsikan adab dan hak antara jiran yang mungkin belum kita tahu.

Nak tahu akta tentang jiran? Jom kita sama-sama baca dan fahami apa yang beliau sampaikan di dalam group Tukang Apa Hari Ini (T.A.H.i) seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk semua.

Adab dan akta kejiranan yang termaktub dalam undang-undang Malaysia

Salam warga T.A.H.i, sedikit perkongsian kali ini. Mungkin ada yang pernah mengalami masalah jiran bising dan tak tahu nak buat apa. Harapnya perkongsian kali ini boleh membantu selesaikan masalah warga T.A.H.i semua. Thank you admin. saya share ye.

JIRAN BISING TAK INGAT DUNIA. AHH PENINGNYAA KEPALA! NAK BUAT APA NII (Ketahui Hak anda sebagai jiran)

Selamat menyambut Hari Raya Cina 2022 semua! Mesti seronok cuti panjang kali ini kan. Tapi awas dalam keseronokan kita bercuti dan berkumpul ramai-ramai, perlu berwaspada supaya tidak menimbulkan kekacauan kepada jiran-jiran kita dengan membuat bising yang melampau. Jika tidak, mungkin kita dah membuat kesalahan. Sharing agak ringkas hari ini mari kita lihat.

ADAB DAN HAK SEBAGAI JIRAN
  • Dalam hidup berjiran, kita punya mempunyai beberapa hak antaranya:- untuk hidup dengan tenang, untuk hidup dengan selamat, hidup dengan selesa dan juga hak untuk mengadu sekiranya hidup kita terganggu. Membuat bising pula boleh dikira sebagai membuat “kacau ganggu” kepada jiran-jiran kita.
BUNYI BISING – “KACAU GANGGU” KEPADA JIRAN
  • Mudahnya- Kacau ganggu ni terjadi apabila ketenangan kita sebagai jiran terasa terganggu. Memasang radio/musik dengan kuat, bermain mercun, gelak ketawa yang kuat sehingga menganggu, rem motorsikal/kereta dengan kuat, dan lain-lain yang tindakan tidak munasabah.
HAK MENGADU – AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
  • Setiap jiran yang terkesan dan terganggu oleh tindakan jiran lain, boleh mengadu ke pihak polis di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336), yang mana jika didapati bersalah, boleh didenda maksimum RM100. Dan paling penting, boleh elak pergaduhan.
POLIS PUNYAI KUASA UNTUK HENTIKAN KACAU GANGGU
  • Ya mungkin denda RM100 nampak sikit, namun selain itu polis juga punyai kuasa untuk keluarkan arahan hentikan kacau ganggu yang dilakukan jiran kita (goal utama kita). Oleh itu, jangan rasa membuat aduan itu tindakan remeh.

INFO TAMBAHAN

  • Kacau ganggu yang boleh dibuat aduan adalah dari tengah malam sehingga jam 6pagi.
  • Untuk rumah strata, wajar buat aduan ke Pihak Pengurusan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, bukan lah nak mengalakkan bergaduh-gaduh sebagai jiran. Ada terganggu sikit je terus report polis. Walaupun ada hak, kena ada juga give and take. Nama pun berjiran kan. Namun tak salah untuk kita ketahui hak kita dan menggunakan hak kita bila perlu. Sekian.

Untu lebih banyak inf0-info menarik, boleh akaun Tiktok saudara Syazwan Mohd Jafri.

@syaz.mj

Reply to @gozil_8 Polis dan PBT adalah teman baik anda bila hadapi masalah jiran. #lawyersyaz kongsi ye. #peguamhartanahanda #legal #tahukahanda

♬ Polaroid Love – ENHYPEN

Sumber: Facebook & Tiktok

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.