Siakap Keli

Dulu Tukang Jahit Kini Jutawan, Kisah Kejayaan Wanita Ini Jadi Inspirasi Ramai

Kesusahan dan pergelutan hidup seharusnya menjadi pembakar semangat untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya sekali gus menaikkan taraf hidup.

Pun begitu, semua itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha, kesungguhan, doa serta niat yang betul. Kisah pemilik empayar perniagaan kosmetik Sobella, Wan Nur Syuhada Wan Norzie ini juga cukup menginspirasikan.

Paling membanggakan adalah apabila dia melihat skuad di bawah pemantauannya menjana pendapatan dan mampu mengubah taraf ekonomi serta kehidupan. Bahkan yang paling membanggakan ialah ada diantara mereka yang telah bergelar jutawan.

“Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar atau Dada Hunyai sendiri pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017. Dia (Dada Hunyai) mencatat jualan sebanyak 5 juta pada musim pandemik tahun lalu.

Top Leader Sobella (kiri), Dada Hunyai bersama Syu dan suaminya.

“Pengakhiran indah, rumah impian berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella. Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan.

“Paling mengagumkan saya, dia asalnya hanyalah seorang tukang jahit. Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan,” katanya.

Wan Nur Syuhada atau lebih mesra dengan nama Syu berkata demikian ketika meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi majlis Victory & Glory Appreciation Day berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh.

Selepas hampir enam tahun mengukuhkan legasi perniagaannya, Syu berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan.

“Hati saya seronok dan tersentuh kerana kerja kuat dan semangat mereka membuahkan hasil. Ketika itu pantas fikiran saya menerawang ke zaman lalu kerana saya sendiri melalui kesukaran dalam hidup.

“Tak ketinggalan, tiga lagi leader Sobella juga berjaya mendapatkan kereta idaman masing masing juga daripada hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk jenama saya. Mereka ialah Sue Zarra, Golly Sandra, Naniey Farra

Dari kiri, Sue Zarra, Golly Sandra, Syu (pengasas Sobella), Dada Hunyai dan Naniey Farra.

“Antara kereta yang diserahkan kepada pemiliknya termasuk Mercedez AMG45, Mustang dan Range Rover Vouge,” katanya.

Syu sendiri menyatakan bahawa perniagaannya itu asalnya bermula daripada rumah. Namun kini dia sudah memiliki bangunan perniagaan sendiri dengan harga tujuh angka. Syu menjadikan pengguna setia Sobella dan Sobella Squad sebagai faktor pendorong untuk dia bergiat lebih jauh dan tinggi dalam bidang perniagaan ini.

Apa yang lebih utama kepadanya ialah misi untuk terus memperkasakan golongan wanita menerusi rangkaian perniagaanya takkan berakhir.

“Hingga kini, sudah lebih 30,000 agen direkrut di bawah Sobella Squad. Melihat angka itu bertambah saban hari, buat saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.

“Bayangkan daripada awalan angka itu hanya puluhan , meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk ‘lipmatte’ dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.

“Khususnya menerusi produk terbaru keluaran  dipanggil Soul Matte Edition yang menggunakan konsep duo ‘lipmatte’ yang akan dipasarkan 9 Februari ini,”

Tambah Syu lagi, jenamanya itu telah menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.

“Konsep terhad atau ‘limited’ ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.

“Setiap kuantiti produk dikeluarkan juga dijaga dengan mengamalkan ‘exclusivity brand’. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah.

“Selepas hampir lapan bulan tiada produk ‘killer’, harapnya produk Soul Matte Edition yang akan dilancarkan beberapa hari lagi dengan formula dan wajah baru akan terus menjadi rebutan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/WNSyuhada untuk maklumat lanjut,” katanya.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.