Siakap Keli
Gambar: Mizez Zack Sabri 

Hampir 5k Perkongsian, Cikgu Ini Kongsi Resipi ‘Beef Bolognese’ Padu Guna Jenama Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Spaghetti Bolognese merupakan salah satu masakan tradisional orang Itali yang dimakan bersama-sama sos daging. Bolognese mempunyai rasa masam tomato dan digabungkan dengan mi spageti yang sangat digemari oleh orang Melayu khususnya anak-anak muda.

Namun demikian, mungkin ramai antara anda yang suka makan bolognese tetapi kebanyakan bolognese yang dijual terlalu mahal dan mungkin juga mempunyai rasa yang terlampau masam. Kalau nak masak sendiri, risau pula ada rasa kurang dan serba tak kena dengan tekak.

Jangan bimbang, pada perkongsian resipi kali ini, seorang warga group Masak Apa Hari Ini (MAHN), Mizez Zack Sabri ada berkongsikan satu resepi Beef Bolognese yang lain daripada lain.

Selalu orang akan pakai sos instant bolognese terus, tetapi pada perkongsian kali ini sos yang digunakan bukanlah sos bolognese tetapi beberapa gabungan sos-sos lain sehingga menjadikan ia seperti bolognese.

Hampir 5k Perkongsian, Wanita Kongsi Resipi Beef Bolognese

Gambar: Mizez Zack Sabri

Beef Bolognese Ticer Zack is done. Antara signature dish saya setiap kali potluck dan masak untuk family.

Nah resipi… Kali ni saya snap gambo satu-satu untuk memudahkan kome tengok bahan dan cara masak ye… Masaknya senang je… Cuma nak sediakan bahan je ambik masa sikit… Mohhh kita! Dalam gambo untuk sukatan 2 paket angel hair tapi yang saya bagi ni bahan-bahan untuk sepaket angel hair boleh makan anggaran 8-10 orang ya… Saya halalkan dunia akhirat resipi ni untuk kome masak dan makan sekeluarga atau dengan kawan-kawan… Selamat mencuba!

Sepaket Angel Hair @ Spageti direbus

Prego Cendawan Hijau 1

Prego Cheese & Herbs 1

Bawang putih 8 ulas dicincang

Bawang holland 1 bijik potong dadu

Capsicum 1 potong dadu

Daging kisar 1 paket 400g

Sosej Ayamas Mushroom 3 ketoi dihiris bulat²

Mixed herbs 1 sudu 

Sos cili Kimball 3 sudu

Gula 2 sudu 

Garam 1 sudu 

Minyak masak 1 senduk

Untuk keterangan lebih jelas, boleh ikuti turutan gambar berserta kapsyen di bawah ini.

Gambar: Mizez Zack Sabri

Ni saya masak untuk 2 paket angel hair…boleh makan untuk 20 orang… Kalo untuk sepaket spageti @ angel hair @ fettuccine, guna 1 tin kuning + 1 tin hijau ya

Gambar: Mizez Zack Sabri

Boleh guna brand Ramly @ Azmy @ Saudi Gold… Nak gantikan daging kepada ayam kisar pon boleh

Gambar: Mizez Zack Sabri

Kalo guna sosej biasa pun okey tapi sosej cendawan lagi sedap!

Gambar: Mizez Zack Sabri

Sosej dihiris bulat

Gambar: Mizez Zack Sabri

Capsicum dipotong dadu.. Kalo yang hijau lagi sedap tapi aritu yang hijau dah habis… Jadi saya rembat jelah yang merah kehijauan

Gambar: Mizez Zack Sabri

Bawang holland dipotong dadu

Gambar: Mizez Zack Sabri

Sebelum ni guna Sos Life dalam paket tapi sekarang dah susah sangat nak dapat jadi saya tukar kepada Sos Kimball..masih sedap

Gambar: Mizez Zack Sabri

Bawang putih cincang

Gambar: Mizez Zack Sabri

Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang sampai kekuningan

Gambar: Mizez Zack Sabri

Kemudian masukkan bawang Holland dan tumis sampai layu

Gambar: Mizez Zack Sabri

Pastu masukkan daging kisar…api sederhana ja ya..

Gambar: Mizez Zack Sabri

Bila warna daging dah berubah, baru masukkan sosej yang dihiris…

Gambar: Mizez Zack Sabri

Kemudian masukkan kedua-dua jenis Sos prego..

Gambar: Mizez Zack Sabri

Masukkan air satu tin…kocak-kocak air dalam tin supaya dapat masukkan juga sos pasta yang terlekat dalam tin

Gambar: Mizez Zack Sabri

Dah kacau sebati, masukkan 3 sudu sos cili

Gambar: Mizez Zack Sabri

Kemudian masukkan 1 sudu besar mixed herbs…

Gambar: Mizez Zack Sabri

Macam ni rupa kuah bila dah masukkan mixed herbs

Gambar: Mizez Zack Sabri

Masukkan gula 2 sudu..kalo tak suka rasa manis, masukkan 1 sudu je

Gambar: Mizez Zack Sabri

Masukkan garam secukup rasa anda ya

Gambar: Mizez Zack Sabri

Bila kuah Bolognese dah secukup rasa, baru masukkan capsicum yang dipotong dadu… kacau seminit dah siap…

Gambar: Mizez Zack Sabri

Kuah Beef Bolognese dah siap

Gambar: Mizez Zack Sabri

Saya prefer makan dengan angel hair sebab lebih halus dan tak muak… ada orang memang suka spageti dan fettuccine… terpulang dengan selera masing-masing…

Sumber: Mizez Zack Sabri melalui Masak Apa Hari Ini

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.