Khas untuk penduduk Pulau Pinang, kalau korang tengah rancang nak tukar pelan internet korang dan juga tengah mencari pelan tanpa had terbaik dengan sambungan serta liputan yang lebih baik, Celcom mungkin adalah pilihan yang tepat. Sebabnya, Celcom kini telah menambah baik rangkaian dorang dekat sana tau.
Nak pilih pelan internet ni tak semudah yang disangka. Apatah lagi, pelan tu kita nak pakai lama. Jadi, ia agak mengambil masa juga untuk kita buat pilihan supaya apa yang dipilih tu berbaloi dan sesuai dengan keperluan kita.
Bagi orang Penang yang tengah pening kepala tak tahu nak pilih pelan mana yang terbaik dan berbaloi, Celcom baru-baru ni ada buat tawaran menarik untuk korang.
Dengan melanggan pelan Celcom ni, korang akan dapat tawaran rebat dalam bentuk baucar beli-belah di platform Lazada yang berjumlah RM250. Tapi untuk korang layak dapat RM250 ni, korang yang memang sejak azali pelanggan Celcom ni akan dapat baucar tu sejurus selepas korang berjaya buat kawan atau ahli keluarga korang bertukar kepada Celcom. Korang dan rakan/keluarga korang tu akan dapat RM50 setiap seorang dan korang boleh buat sampai 5 orang untuk dapatkan baucar sehingga RM250 tu tau!
Bukan tu je, yang beli telefon iPhone 13 dan Samsung Flip Z 5g dekat Celcom pun akan ditawarkan dengan pakej internet tanpa had dan dapat diskaun tau! Best kan?
Selain daripada tu, Celcom juga ada buat tawaran atas talian untuk korang yang tengah cari pelan pascabayar. Korang yang nak daftar pelan pascabayar Celcom MEGA™ secara atas talian, akan memperoleh rebat sehingga RM250 tau. Korang juga boleh tambah talian tambahan untuk keluarga dan kawan-kawan bagi mendapatkan lebih banyak lagi rebat tanpa perlu bersusah payah nak keluar rumah untuk langgan pelan ni. Senang gila!
Orang Penang yang merupakan pelanggan Celcom sangat beruntung sebab lepas Celcom dah naik taraf line dekat sana, pengalaman pelanggan untuk layari internet pastinya dapat dipertingkatkan.
Jadi, kepada semua orang Penang, cepat-cepat rebut peluang ni. Bukan selalu Celcom nak belanja baucar beli-belah Lazada sehingga RM250, Rebat pelan pascabayar sehingga RM250 dan ada juga pelan tanpa had bersama telefon 5G terkini. Senang ja aih nak tukaq ke Celcom!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tawaran daripada Celcom ni, layari pautan ini