Selalukan kita lihat makanan yang perlu diambil untuk berdiet ni kadang-kadang mahal. Jadi ada masa itu kita jadi terfikir sampai tidak mahu meneruskan diet tersebut.
Tetapi sebenarnya kita boleh sahaja pilih makanan untuk diet berdasarkan bajet sendiri. Langkah pertama yang boleh kita buat ialah cari bahan di pasar-raya yang ‘mesra pelanggan’.
Selain itu, makanan yang kita ingin makan juga ialah peranan yang paling utama. Kadang-kadang itu, salad yang ready-to-eat itu harganya lagi mahal dari bahan mentah yang lain.
Oleh itu, dengan menggunakan bahan-bahan yang sentiasa anda beli dan murah juga anda boleh amalkan diet eat clean ini seperti yang dikongsikan oleh laman Hello Doktor di bawah ini.
7 Contoh Resepi Diet Eat Clean Bajet, Poket Jimat, Perut Pun Sihat!
Apa itu diet eat clean dan manfaatnya?
Untuk pengetahuan anda semua, diet ini sudah lama dicipta dan diamalkan sejak tahun 1960 lagi. Ia adalah idea ciptaan Tosca Reno dalam tulisan buku ‘Eat Clean Diet‘.
Diet clean eating adalah pola makan yang bertujuan bukan hanya untuk bantu menurunkan berat badan malah mengatur gaya hidup agar tubuh badan individu dapat jadi lebih sihat.
Prinsip dasar pola makan ini adalah hanya mengambil hidangan dari bahan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijian serta sumber daging haiwan.

Apa yang paling penting adalah pengamal diet ini tidak akan makan hidangan yang telah melalui proses penyediaan atau perkilangan seperti snek, makanan diproses, diawet, ditin, disejuk beku dan sebagainya.
Food and Nutrition Research juga telah akui bahawa ia adalah salah satu daripada jenis diet terbaik.
Bagaimana cara amal diet eat clean?
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, diet clean eating ini diamalkan dengan cara hanya makan hidangan segar, bersih, suci dan sihat sangat sesuai dengan namanya.
Dalam pada itu, ada juga beberapa petua penting jika anda mahu bereksperimen dengan diet ini:
- Meningkatkan pengambilan serat
- Mengutamakan pengambilan karbohidrat
- Menilai setiap zat-zat dalam hidangan
- Mengawal waktu dan kuantiti hidangan
- Memasak makanan dengan cara sihat
- Meminum air kosong dengan cukup
Dengan mengamalkan tip-tip di atas ini, maka anda mungkin sudah boleh mengkategorikan diri sebagai salah seorang pengamal resepi diet eat clean. Ia mampu untuk ubah hidup anda.
Berikut contoh resepi eat clean bajet!

Jika anda ingin jimat duit namun mahu perut sihat, boleh cuba resepi eat clean bajet yang berikut:
#1. Nasi putih dengan lauk daging dan ulam
Sebagai makanan ruji masyarakat kita, anda boleh cuba makan nasi putih bersama lauk daging merah seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.
Namun, ia perlu dimasak secara sihat seperti rebus, kukus atau bakar dan bukannya goreng bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
#3. Nasi putih dengan lauk ayam dan ulam
Anda turut boleh cuba makan nasi putih bersama dengan lauk daging ayam yang dimasak secara sihat seperti rebus, kukus atau bakar dan bukannya goreng bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
#4. Nasi putih dengan lauk ikan dan ulam
Anda juga boleh cuba makan nasi putih bersama dengan lauk daging ikan yang dimasak secara sihat seperti rebus, kukus atau bakar.
Jangan lupa letakkan sekali hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.

Resepi eat clean bajet #5. Salad telur
Jika anda sudah bosan dengan nasi, apa kata cuba salad yang dicampur sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, telur serta sos atau krim kegemaran? Cara untuk buat juga mudah.
Anda cuma perlukan sayur salad, timun, tomato, jagung dan lain-lain yang akan ditambah pula dengan buah lemon, tembikai atau apa sahaja ikut citarasa anda. Ia memang mudah dan sihat.
Resepi diet eat clean #6. Sandwic telur
Selain salad, anda juga mungkin boleh cuba makan sandwic telur tidak kira ketika sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam kerana ia kaya dengan nutrisi.
Bahan yang anda perlukan juga cukup senang iaitu hanya roti, telur dan ditambah pula dengan variasi sayur-sayuran dan buah-buahan serta sos atau krim mengikut citarasa anda.
#7. Bubur nasi dan sup
Akhir sekali, anda mungkin hanya perlu kembali ke resepi popular ketika kita semua masih kecil iaitu bubur.
Gunakan kreativiti anda dengan menambah ramuan sihat ke dalamnya seperti sayur, buah, daging serta apa-apa sahaja asalkan ia menyelerakan serta menyihatkan.
Konklusinya, jenis diet clean eating ini memang sihat, mudah dan murah untuk anda amalkan. Tidak perlu tunggu sehingga lewat baru hendak cuba, jadi sila mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor