Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan di KM274.6 Lebuhraya Utara Selatan ditutup 14 bulan bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf bermula 13 Oktober 2021 lalu.
PLUS Malaysia Bhd dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa kerja tersebut akan membabitkan keseluruhan premis yang dijangka hingga 31 Disember 2022.
Bagaimanapun tambahnya lagi, kemudahan sementara seperti tandas, surau dan tempat letak kenderaan termasuk trak makanan masih disediakan seperti biasa.
Selain itu, stesen minyak juga masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Justeru, pihak PLUS memohon maaf atas kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh kerja menaik taraf dilakukan.
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di KM274.6 di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama 14 bulan mulai 13 Okt 2021 – 31 Dis 2022 bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf bagi keseluruhan kawasan rehat tersebut dijalankan.
Klik https://t.co/GRaZ5rJ3It pic.twitter.com/dbu5jbEW9g
— plusline1800880000 (@plustrafik) February 3, 2022
Sumber: PLUS