Siakap Keli
Gambar Hiasan: via Google

Selepas 18 Tahun Diperkenalkan, Facebook Dilapor Makin Hilang Pengguna Aktif Harian

Semalam pada suku keempat tahun 2021, Facebook dilaporkan buat kali pertamanya memperlihatkan pengguna aktif harian yang berkurangan sebanyak satu juta pengguna jika dibandingkan pada suku ketiga tahun 2021, memetik laporan The Verge.

Hal ini menjadikan ia sebagai sejarah selama 18 tahun Facebook diperkenalkan untuk mengalami penurunan dalam bilangan pengguna aktif hariannya.

Facebook merupakan salah satu laman sosial terbesar dunia. Laman Facebook ini digunakan secara meluas dan aktif oleh kebanyakan orang yang gemar mengikuti perkembangan berita dan macam-macam lagi.

Menurut The Verge, kehilangan satu juta pengguna aktif itu berlaku di Amerika Utara di mana negara itu dipercayai menghasilkan jumlah wang paling banyak kepada Facebook melalui pengiklanan.

Difahamkan, angka penurunan itu menyebabkan kini hanya 1.929 bilion pengguna harian Facebook jika dibandingkan daripada suku ketiga sebelumnya iaitu sebanyak 1.93 bilion pengguna aktif.

Sebab mengapa berlakunya penurunan ini adalah dipercayai kerana kurangnya perkaitan aplikasi ini dalam kalangan golongan muda.

Dalam pada itu, saham Meta yang masih berdagang di bawah nama Facebook turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus.

Walau bagaimanapun, angka keseluruhan masih menunjukkan bahawa Facebook tetap mempunyai angka pengguna terbesar iaitu sebanyak 1.929 bilion pengguna aktif harian.

Sumber: The Verge & The Spectator Index

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.