Sebuah syarikat hartanah terbesar di China, Vanke Group telah menganugerahkan pengutip hutang mereka yang dikuasakan oleh sistem kepintaran buatan (AI) sebagai pekerja terbaik tahun 2021.
Melihat gambar Cui Xiaopan, pekerja terbaik 2021 Vanke Group, wajahnya kelihatan seperti wanita dalam anggaran umur 20-an, namun begitu realitinya dia bukanlah seorang manusia.

Tujuan syarikat tersebut yang menggunakan wajah sistem AI itu mirip seorang wanita cantik sebenarnya hanyalah sebagai ‘umpan’ untuk menarik hati pelanggan berbanding dengan wajah bengis yang kebiasaannya dimiliki mana-mana pengutip hutang.
Walau bagaimanapun, pengutip hutang sistem AI tersebut berjaya melepasi rekod kutipan hutang pekerja manusia lain dengan perbezaan yang agak tinggi iaitu sebanyak 91.44 peratus.
“Dengan bantuan algorithm yang sistematik, dia berjaya mempelajari selok belok sebagai seorang manusia untuk mengenal pasti masalah di dalam prosedur pekerjaan dan data dan telah menggunakan skilnya ribuan kali lebih berbanding manusia,” kata pengarah Vanke.
Difahamkan, Cui Xiaopan, pekerja sistem AI tersebut telah dibangunkan oleh sebuah kumpulan menggunakan bahan daripada Xiaoice, iaitu sebuah sistem AI maju yang dimiliki oleh Microsoft China.
Walaupun baru bekerja pada bulan Februari tahun lepas, ‘gadis’ AI itu telah mempelajari selok-belok skop kerjanya dan berjaya menggunakan informasi yang dia miliki untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengutip hutang sebenar.
Sumber: Oddity Central