Siakap Keli

(Video) Pandai Betul, Anjing Ni Boleh Ganti Tuan Ambilkan ‘Parcel’ Dari Abang Posmen

Zaman sekarang ini bukan main mudah dan cepat seperti dalam urusan harian kita termasuklah membeli belah barang keperluan dalam sebuah aplikasi dan hanya menunggu barang tersebut sampai.

Namun ada perkara yang merunsingkan apabila memesan barang secara atas talian ini apabila tiada di rumah atau masih di tempat kerja, terpaksalah kita jadualkan semula waktu penghantaran atau pergi ke pusat pengutipan barang.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang berada di rumah, itu adalah lebih mudah dan tidak perlu risau untuk ambilkan barang bungkusan kita.

Seperti video yang dikongsikan ini, bukan ahli keluarga atau siapa-siapa tetapi anjing kesayangannya yang tolong untuk ambilkan ‘parcel’ daripada ‘abang posmen’.

Dalam video yang dikongsikan itu, seekor anjing peliharaan dilihat sedang menunggu barang dari penghantar dari pagarnya.

Paling mencuit hati, si anjing tersebut sanggup tunggu sehingga penghantar barang tersebut memberi bungkusan kepadanya. Ia ambil menggunakan mulut dan dibawanya masuk ke dalam rumah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Urbanasia.com (@urbanasiacom)

 

Sumber: Urbanasiacom

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.