Siakap Keli
Gambar : Twitter Greenpeace UK

(Video) Saluran Paip Pecah Akibat Dihempap Batu, Minyak Mentah Tersembur Keluar Di Hutan Hujan Amazon Ecuador

Sebuah saluran paip minyak di hutan Amazon di Ecuador dilapor terpaksa dihentikan operasi apabila saluran tersebut pecah, lapor Yahoo! News baru-baru ini.

Syarikat swasta yang menjalankan kerja tersebut dalam kenyataannya mengatakan bahawa operasi mengepam minyak telah dihentikan apabila mendapati saluran paip pecah.

Menerusi perkongsian rakaman yang dimuat naik di laman Twitter Confederation of Indigenous Nationalities of Ecuador (CONAIE), berlakunya semburan minyak yang keluar daripada saluran paip tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada hari Jumaat, 28 Januari baru-baru ini dan puncanya dipercayai disebabkan oleh batu yang terhempap di atas paip itu, kata OCP Ecuador.

Syarikat tersebut berkata akan segera melaksanakan kerja pembersihan, pemulihan dan pembaikan saluran paip bagi mengelakkan, mengurangkan dan membaiki sebarang kesan yang berkaitan dengan saluran paip tersebut.

Tambah syarikat itu lagi, kandungan minyak yang tertumpah boleh mencemarkan mana-mana punca air dan telah menghentikan kerja mengepam minyak mentah sehingga keadaan mengizinkan.

“Inilah sebabnya kenapa kami menentang kerja perahan minyak,” kata Andres Tapia dari pertubuha induk (CONAIE).

“Tumpahan yang berlaku telah menyebabka berlakunya pencemaran selama berdekad. Jadi, kami menyeru untuk menghentikan rancangan ini.”

Pengarah tenaga dan iklim kumpulan alam sekitar Amazon Watch berkata, tumpahan yang berlaku itu menunjukkan kelemaham infrastruktur minyak Ecuador.

Jelasnya lagi, purata keseluruhan berlakunya tumpahan dikira sekitar dua tumpahan setiap minggu walaupun dijanjikan menggunakan teknologi yang canggih.

Kedua-dua saluran paip OCp dan saluran paip milik kerajaan didakwa menghentikan operasi pada bulan Disember lalu kerana berlakunya hakisan dan menyebabkan minyak tumpah ke Sungai Coca.

Sepanjang 50 tahun yang lalu, syarikat minyak dipercayai telah mengekstrak sejumlah besar minyak mentah dari Amazon dan menyebabkan kemusnahan hutan hujan dan membahayakan puak orang asli di situ.

Sumber : Yahoo! News

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.