Siakap Keli
Kredit: Tiktok nurrohmanadi

(Video) Sampai Tertidur, Reaksi Dua Beradik Ni Kena Kejut Ketika Berniaga Sebab Nak Ajak Belanja Bikin Sebak

Tak semua kanak-kanak bertuah dalam hidup mereka. Dalam dunia yang semakin maju, terdapat juga segelintir kanak-kanak yang tidak boleh menghabiskan masa kecil mereka seperti kanak-kanak lain yang sedang seronok bermain dan belajar.

Terdapat segelintir kanak-kanak yang kurang bernasib baik perlu membantu ibu bapa mereka mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Keadaan itu juga berlaku kepada dua beradik yang terdapat dalam video yang dirakam oleh seorang pengguna media sosial TikTok @nurrohmanadi ini. Video tersebut menunjukkan perjuangan dua beradik yang menjual makanan di kawasan mini market.

Dalam rakaman video itu, dua kanak-kanak perempuan tersebut sedang duduk di kawasan sebuah mini market. Mereka berdua dilihat sedang menjual makanan sehingga tertidur dalam keadaan duduk sambil menundukkan kepala.

Apabila perakam video menghampiri dua budak itu, salah seorang daripada mereka mula terbangun. Adiknya yang terbangun dahulu selepas mendengar perakam video itu bertanya khabar, terus menjawab salam.

Perakam video itu menanyakan harga sebungkus mi yang dijual oleh kanak-kanak itu. Harga sebungkus mi dijual dengan harga RM 0.73 sen. Kemudian, perakam video telah memborong kesemua mi yang dijual oleh dua kanak-kanak perempuan itu.

Tidak lama selepas itu, perakam video tersebut telah membawa dua kanak-kanak perempuan itu membeli-belah di pasar mini tempat mereka menjual. Kanak-kanak perempuan tersebut terlihat sangat gembira ketika dapat membeli-belah secara percuma.

Antara barangan keperluan yang dibeli oleh kanak-kanak tersebut adalah susu bayi, minuman dan juga beras untuk keluarga mereka di rumah.

Selain itu, perakam video juga turut menghulurkan sedikit duit belanja kepada mereka untuk keperluan mereka di masa hadapan.

Mereka juga disuruh untuk menaiki pengangkutan awam di sana agar tidak kepanasan dan kepenatan semasa hendak pulang ke rumah.

Jom sama-sama kita lihat video dibawah dan melihat betapa bahagianya riak wajah mereka setelah mendapat peluang membeli barangan keperluan secara percuma.

@nurrohmanadi

Mereka yang mengangkat derajat orangtuanya kelak 😇 #caretoinspire #berbagi #surabaya

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Sumber: Suara.com dan Tiktok Nurrohmanadi

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.