Siakap Keli

(Video) Seram, Frekuansi Radio Tetiba Bertukar, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Masuk Rumah Hantu ‘Drivethru’

Jika dengar perkataan ‘drive-thru’ apa tanggapan pertama korang? Mesti terbayang restoran makanan segera atau sekarang lebih familiar dengan ujian swab PCR melalui pandu lalu kan?

Pernah tak korang terfikir, nak melalui kawasan ‘seram’ secara ‘drive-thru’? Mestilah tak nak kan?

Tetapi lain pula di negara jiran, Indonesia apabila buat pertama kalinya rumah hantu dibuka secara pandu lalu dengan kenderaan kepada orang ramai iaitu di Lapangan Parkir Utara Mall Alam Sutera, Tangerang, Banten.

Jika kita masuk rumah hantu, biasanya hanya akan berjalan kaki atau menaiki kereta api ‘funfair’ sahaja.

Tapi kali ini lebih seram apabila frekuensi di radio pun menjadi ‘mangsa’! Bayangkan apabila anda tiba di kawasan tersebut, tiba-tiba frekuensi radio kereta anda hilang. Memang betul-betul luar biasa ni!

Berikut di bawah adalah video yang dikongsikan oleh salah seorang pelanggan rumah hantu itu, dia menunjukkan keadaan  betapa ‘seramnya’ sepanjang perjalanan pandu lalu di kawasan tersebut.

Sumber: Sasaki Aru

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.