Satu video yang memaparkan dua orang penunggang motosikal berusaha untuk mengalihkan penghadang jalan telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama @deklan_kecik
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya lain, dua penunggang motosikal itu sanggup memberhentikan motosikal mereka di tepi jalan di dalam hujan lebat untuk mengalihkan penghadang jalan berkenaan.
Ianya kerana, jika penghadang jalan itu tidak dialihkan ke tempat yang sepatutnya, ia dikhuatiri dapat menyebabkan kejadian yang tak diingini kepada pengguna jalan raya lain selain menyebabkan kesesakan.
Perakam yang menaiki lori itu juga dilihat turut menghulurkan bantuan dengan memberhentikan lorinya untuk memastikan keselamatan dua orang penunggang motosikal terjaga.
Tidak dapat dipastikan dimana video tersebut dirakam. Pun begitu, ianya telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 74 ribu kali.
@deklan_kecik pahala balasanmu☺️
Warganet yang menonton video tersebut tidak melepaskan peluang membanjiri ruangan komen dengan memberikan pujian ke atas tindakan penunggang motosikal serta abang lori tersebut.
Sumber: @deklan_kecik