Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 5:30 petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 7 negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga 9 malam ini.
Antara negeri yang terlibat adalah Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai), Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
Oleh itu, penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/wWPA0ma76t
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 3, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia