Siakap Keli
Gambar Hiasan via BERNAMA

Awas, Ribut Petir Dijangka Berlaku Melibatkan Beberapa Kawasan Di Selangor Dan Sarawak Sehingga Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 11:10 malam, 3 Februari 2022 mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda dua buah negeri di Malaysia sehingga 2 pagi, 4 Februari 2022.

Antara kawasan yang dijangka terlibat di kawasan negeri Selangor ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan juga Gombak.

Selain itu, ribut petir juga dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Sarawak. Kawasan yang terlibat adalah Kuching (Lundu) dan Kapit (Kapit dan Bukit Mabong).

Bagi beberapa kawasan di dua buah negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir tersebut, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: Met Malaysia

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.