Siakap Keli
Sumber: MetMalaysia

Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Peru

Satu gegaran gempa bumi kuat dilapor berlaku di Utara Peru pada jam 11:58 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut jabatan itu, pusat gempa yang bermagnitud 6.3 pada skala Ritcher tersebut berlaku di koordinat 4.4° Selatan dan 76.5° Barat.

Difahamkan, ia berlaku pada jarak 380 kilometer Barat dari Iquitos, Peru dengan berkedalaman kira-kira 10 kilometer dalam.

Bagaimanapun MetMalaysia menjelaskan, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.