Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

Wanita Temui Ajal Ketika ‘Interview’ Kerja, Kulit Kepala Tercabut Lepas Rambut Tersangkut Dalam Mesin

Seorang wanita menemui ajal selepas rambutnya tersangkut dalam mesin sebelum melilit lehernya sendiri dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang di Borisov, Belarus.

Lebih mengerikan, kejadian tragis tersebut turut menyebabkan kulit kepala wanita berusia 21 tahun itu tercabut, lapor Mirror UK.

Memetik laporan, mangsa yang turut hamil tujuh minggu disahkan meninggal dunia 20 hari kemudian di hospital selepas tidak sedarkan diri.

Sewaktu kejadian, mangsa dikatakan sedang menjalani temuduga di sebuah kilang yang menghasilkan wayar kimpalan dan elektrod.

Difahamkan, rambut mangsa  tiba-tiba terjerat dalam mesin ketika kakitangan menunjukkan bagaimana peralatan di dalam kilang itu beroperasi.

“Rambutnya terlilit di leher dan dia ditarik ke dalam mesin.

“Sekiranya kulit kepalanya tidak dicabut, dia akan dicekik oleh rambutnya sendiri,” kata ibu mangsa.

Bapa mangsa juga mempersoalkan pihak kilang yang tidak memberikan sesuatu untuk menutup rambut anaknya yang panjang ketika berada berhampiran mesin.

Bertanggungjawab dengan kejadian tersebut, pihak kilang dikatakan bertindak membayar semua kos pengebumian mangsa.

Sumber: The Mirror

Akhmar Ikmal