Siakap Keli
covid-19 24 mac
Gambar via Bernama

Kes COVID-19 Hari Ini Melonjak Ke Angka 9 Ribu

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,117 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini.

Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,904,131 kes.

Kes positif harian COVID-19 setakat tengah hari 5 Februari 2022 menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah jumlah kes positif hari ini turut meningkat berbanding 7,234 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di laman web COVIDNOW setakat 11.59 malam tadi, kebanyakan negeri di Malaysia menunjukkan trend peningkatan kes dalam tempoh seminggu kebelakangan ini.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.