Siakap Keli
Kredit : TikTok viralperak

(Video) Warganet Rakam Kelibat Pak Belang Sedang ‘Bersantai’, Dipercayai Di Simpang Pulai

Tular di media sosial sebuah video memaparkan kelibat seekor harimau belang sedang berkeliaran dipercayai di kawasan lereng bukit di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland pada Sabtu.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, harimau belang itu dirakam berjalan di celahan-celahan pokok di situ sebelum dilihat singgah berehat di kawasan tersebut.

Memetik laporan Bernama, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak kini sedang menyiasat dakwaan tersebut.

Pengarahnya Yusof Shariff berkata, pihaknya telah menghantar Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan sedang dijalankan selepas pihak kami mengesan video tular ini pada kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Video berdurasi 17 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok menunjukkan seekor harimau berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit.

Pemilik media sosial itu turut mendakwa lokasi terbabit ialah selepas Cafe Banjaran yang terletak berhampiran kawasan rehat dan rawat serta meminta orang ramai berhati-hati.

@viralperak

Harimau Belang berkeliaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Unit Harimau dari Perhilitan telah dihantar ke lokasi. #Harimau #SpgPulai #fypシ

♬ original sound – VIRAL PERAK – VIRAL PERAK

Sumber : TikTok, Bernama

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.