Sebuah bas pelancong dilapor terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya di Kawasan Bukit Bego, Yogyakarta pada Ahad, lapor CNN Indonesia.
Menurut pihak berkuasa tempatan menerusi CNN Indonesia, kemalangan tersebut telah meragut kira-kira 13 nyawa pelancong yang menaiki bas itu
“Jumlah keseluruhan penumpang 42 orang termasuk kru dan 13 meninggal dunia, selebihnya hanya mengalami kecederaan ringan seperti luka-luka kecil,” katanya.
Menurut CNN Indonesia, data tersebut diperolehi dari hasil siasatan polis di hospital tempat para mangsa ditempatkan dan dirawat termasuk yang telah meninggal dunia.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku sekitar jam 1 petang (waktu tempatan) yang melibatkan bas Ad 1507 EH dipercayai mengalami kerosakan teruk akibat menghentam kawasan lereng bukit dengan kuat.
Namun, pemandu bas tersebut dilaporkan selamat dari nahas tersebut dan mengalami patah tulang.
Polis tempatan percaya bahawa pemandu bas tersebut hilang kawalan pemanduan ketika melalui jalan itu sehingga berlakunya kemalangan.
Polis turut mengambil beberapa kompenan bas untuk disiasat.
Maklumat lanjut yang dikumpul oleh polis menunjukkan bas tersebut datang dari Solo dan menuju ke Pantai Parangtritis dari arah Hutan Pinus.
Sumber: CNN Indonesia