Sseluruh dunia masih bersedih dengan pemergian Rayan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut setelah terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter.
Proses menyelamat Rayan di wilayah Shafchaoun, Maghribi ini berdepan kesukaran besar ekoran keadaan tanah yang tidak stabil dan risiko tanah runtuh.
Namun, tahukah anda peristiwa seumpama kisah Rayan ini pernah terjadi beberapa kali kepada kanak-kanak di India tetapi tidak sampai ke pengetahuan penduduk dunia. Ada mangsa yang dapat diselamatkan dan ada juga yang berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi genting di tempat kejadian, ikuti filem Aramm yang memaparkan kesukaran proses menyelamatkan mangsa terperangkap di sebuah lubang dalam di India.
Pengguna Facebook, Shukr Shukr melalui grup Movie Lovers Malaysia ada berkongsi mengenai filem Tamil arahan Gopi Nainar, kisah benar yang digarap semula.
Aramm
Tahukah anda di negara India kejadian kanak-kanak terjatuh ke dalam lubang seperti ini turut berlaku? Ada kanak-kanak yang berjaya diselamatkan, ada juga kanak-kanak yang habis nyawa di dalam lubang tersebut.
Sebuah filem Tamil pada tahun 2017 telah dikeluarkan bertajuk ARAMM yang mengetengahkan tragedi kanak-kanak jatuh lubang seperti ini.
Awas spoiler:
ARAMM
Filem tamil hebat lakonan Nayanthara. Madhivadhani (lakonan Nayanthara) seorang district collector (pegawai kerajaan) dilihat sedang serius bersoal jawab dengan pegawai atasannya.
Di suatu kampung, penduduk kampung keperitan menahan sukarnya mendapat bekalan air bersih. Pihak kerajaan pula seolah-olah membisu akan masalah mereka.
Seterusnya kita dipaparkan tentang kehidupan warga kampung, seorang anak gadis comel bernama Dhanshika ingin menyambut hari lahirnya. Mereka ke kedai kek untuk membeli kek hari jadi.
Abang Dhanshika pula, seorang budak kampung yang hebat berenang dan mampu menahan nafas yang lama di dalam air. Walaubagaimanapun, bapanya tidak menyokong anak lelaki itu untuk menjadi perenang. Bekerja kampung lebih bagus.
Petang itu, Dhanshika mengikut ibunya bekerja. Tiba-tiba riuh apabila Dhanshika tidak kelihatan. Dhanshika terjatuh dalam lubang yang sempit dan amat dalam. Suasana menjadi amat kecoh.
Madhivadhani mengerahkan segala tenaga kerja untuk menyelamatkan Dhanshika. Penduduk kampung separa mengamuk apabila bantuan lambat sampai, macam-macam rintangan berlaku. Trak bomba rosak, struktur tanah merekah, bekalan oksigen tidak mencukupi.
Bagaimanakah Madhivadhani menyelamatkan Dhanshika??
Bila tonton filem ARAMM ni, baru kita dapat tahu situasi sebenar, betapa susahnya nak selamatkan seorang kanak-kanak kecil yang terjatuh dalam lubang sempit yang amat dalam. Paling ditakuti adalah kehabisan oksigen dan runtuhan tanah.
Saksikan penceritaan yang amat mendebarkan.
Sumber: Facebook Shukr Shukr via Movie Lovers Malaysia